Selasa, 29 Mac 2016

Balik kampung di Melaka. Nasi lemak makcik Milah yang sedap dan terbaik

Teks : Fauziah Mahmod
Foto: Koleksi peribadi

Sudah lama tidak mengemaskini blog. Sekarang saya berada di Melaka, kampung halaman kami bersama anak- anak. Sudah hampir seminggu di Malaysia.

Melepas rindu menjamah pelbagai juadah disamping menziarahi sanak saudara terdekat. Lega rasanya dapat menjamah nasi lemak, roti john, char kuey teow, mi goreng mamak. Nikmat yang saya sudah terasa kehilangannya ketika berada di Makati.

Nasi lemak ini kegemaran kami adik beradik sejak kecil. Nasi lemak makcik Milah, di Alor Gajah Melaka. Rasa yang sama,sekalipun tidak berubah kesedapannya biarpun sudah hampir 20 tahun berniaga.  Ikan bilis dikopek sendiri katanya, bersih dan garing.


Semoga perniagaannya bertambah maju dan berkembang. Saya sedang membuat persediaan untuk ke Seminar Mudahnya Berniaga anjuran Dr Azizan. Sesuai untuk peniaga amatur macam saya. Hari ini akan ke Kota Warisan Sepang, untuk menyelesaikan beberapa hal yang penting. 

Semoga dipermudahkan segalanya.



Selasa, 22 Mac 2016

Cermin Venetian dari Filipina

Teks : Fauziah Mahmod
Foto : Koleksi Peribadi

Kalau balik dari Filipina, Venetian Mirror atau Cermin Venetian ini selalunya menjadi kemestian untuk dibawa pulang ke Malaysia. Harganya jauh berbeza jika dibandingkan di tempat kita.

Pertama kali saya melihat cermin ini digantung di rumah rakan - rakan, saya tertarik dengan kecantikannya. Nah, saya bawakan kecantikan cermin ini untuk tatapan anda semua. Kalau ada yang berminat, nanti saya boleh kirimkan ke Malaysia dan ETAnya pada bulan September, 2016.

Kalau berkenan, bagi tahu ye. Saya akan update di facebook Raniaimanicrafts untuk lebih keterangan lanjut tidak lama lagi.



















Ahad, 20 Mac 2016

Hasil kraf dari Legazpi, Filipina

Teks : Fauziah Mahmod
Foto; Koleksi peribadi


Beg tangan menarik. Dari Legazpi, Filipina. Kami sedang dalam usaha membawanya ke Malaysia. Doakan kami ye.. Hanya di RaniaImanicrafts



Yeay! Menghitung hari mahu pulang bercuti ke Malaysia .

Wassalam.
Fauziah Mahmod

Selasa, 15 Mac 2016

Summer di Filipina

Teks : Fauziah Mahmod


Bulan Mac sudah sampai ke pertengahannya. Bulan Mac dan April, di panggil "summer" atau musim panas di Filipina. Kenapa musim panas? Kerana, hujan biasanya tidak turun pada bulan ini.  Tetapi cuacanya adalah lebih sejuk dari Malaysia, sekitar 25 - 28 darjah celcius.

Di Filipina, terdapat dua musim, musim hujan dan musim panas. Dari pemerhatian saya, mungkin "pengaruh musim panas" ini datangnya dari musim penjajahan Amerika atau Sepanyol pada suatu masa dahulu yang telah diterapkan dalam masyarakat tempatan.

Apapun, Malaysia sentiasa dihati.

Wassalam.

Ahad, 13 Mac 2016

Saya mahu pulang ke Malaysia.

Teks : Fauziah Mahmod

Saya akan pulang bercuti hujung bulan Mac ini di Malaysia. Dua minggu. Dalam hati berbunga riang sudah terbayang macam - macam makanan di tanahair.

Malaysia bumi tercinta.... yeay!

Jumaat, 11 Mac 2016

Quaipo, Perkampungan kecil orang Islam di Filipina

Teks: Fauziah Mahmod
Foto : Carian Google

Dua minggu yang lepas, kami ke Quaipo (Kiapo) untuk mencari barang cenderahati yang mahu dibawa pulang ke Malaysia. Kami akan berangkat pulang pada penghujug bulan ini.

Quaipo adalah sebuah pekan kecil di Manila. Ada orang yang keliru dengan Makati dan Manila. Makati terletak bersebelahan Manila. Kalau di Malaysia, kita boleh buat perumpamaan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Makati adalah Putrajaya.

Dari Makati, perjalanan dengan kereta cuma mengambil masa setengah jam. Kebanyakan kedai - kedai di situ menjual barang cenderamata dan harganya agak murah. Selain dari cenderahati, saya juga berhajat mencari keronsang mutiara kecil kerana ada permintaan pelanggan dari Malaysia untuk kedai aksesori dan hiasan dalaman saya Raniaimanicrafts.




Kebanyakan kedai di Quaipo menjual barangan cenderahati, hasil kraftangan penduduk tempatan Filipina. Ada yang menjual tempat tisu, magnet untuk dilekatkan di peti ais, cenderahati dari kayu dan sebagainya. Yang menarik disini , terdapat perkampungan kecil komuniti muslim disini dan sebuah masjid dipanggil Golden Mosque.  Dari pemerhatian saya, komuniti muslim ini taburannya disekitar Golden Mosque.

Kalau hendak mendapatkan barangan muslim, selain dari pasaraya Greenhills, disini boleh didapati tudung.selendang, abaya, jubah untuk lelaki dan sebagainya.  Ada juga dijual ayam halal dan barangan Malaysia. Meggi mee, RM 12 sepeket, hahah!



Sekian , Wassalam. 








Rabu, 9 Mac 2016

Mi goreng mamak di bumi Makati

Teks : Fauziah Mahmod
Gambar : Koleksi Peribadi

Semalam teringin benar hendak makan mi goreng. Sambil mengemaskini blog, tinjau - tinjau apa produk yang boleh dibawa balik ke Malaysia penghujung Mac ini.

Ha.... encik suami membeli  barang barang keperluan dapur. Ada mi kuning, ada taugeh, tauhu... nyum nyum! Cantik!

Tengahari yang bersemangat, pegang sudip. masukkan minyak, cili.. bla bla bla.. Mi goreng mamak siap!!!


Hari yang gembira.. Alahan mengandung juga tidak berapa teruk lagi. Kalau mahu beli diluar, RM22 sepinggan. Yang versi dirumah, makan lah puas-puas... 

Wassalam.


Sabtu, 5 Mac 2016

Ekonomi 2016 yang mencabar... tapi usah lupa menghargai diri...

Teks : Fauziah Mahmod
Gambar : Koleksi peribadi

2016 tahun mencabar. Gaji naik, tetapi kenaikan harga barang tidak selaras dengan kenaikan tangga gaji. Mana barang dapur, harga rumah sewa, hutang hutang yang perlu di selesaikan, akhirnya gaji berbaki sedikit. Teringin pula menghadiahkan diri dengan sesuatu, tetapi bajet nampak kelam-kelam.

Raniaimanicrafts  menyediakan alternatifnya. Kami memberi harga yang sangat mampu dimiliki. Khusus untuk si manis yang teristimewa, pelbagai rangkaian aksesori dari mutiara, perak dan sebagainya didatangkan khas dari Filipina.

Jemput ke kedai online kami ye di Raniaimanicrafts  . Hugs!!!



Rabu, 2 Mac 2016

Pre Order ... aksesori mutiara dari Filipina akan sampai ke Malaysia pada penghujung Mac ini

Teks : Fauziah Mahmod
Gambar : Koleksi persendirian.

Ada yang berminat? Ini adalah koleksi pre order dari  Filipina. Akan sampai ke Malaysia, hujung bulan Mac ini. Jika berminat , sila email saya di pnfauziahmahmod@gmail.com  atau lawati kami di Raniaimanicrafts .

Mutiara ini adalah mutiara air tawar, dari Filipina. Berkualiti tinggi dan lain dari yang lain.










Selasa, 1 Mac 2016

Tempat menarik di Filipina : Baguio, sedingin Cameron Highlands

Teks: Fauziah Mahmod
Gambar : Koleksi peribadi

Perayaan tahun baru Cina yang lepas, kami ke Baguio, Filipina . 4 jam perjalanan dari Makati jika tidak ada kesesakan jalan raya. Kami bertolak pada jam 6 pagi dari Makati , sementelah jam 6 pagi sudahpun terang di sini.

Di Baguio , pada waktu itu sedang dijalankan pesta bunga. Kami menyewa homestay disitu dengan harga 3000 peso ( RM 300), bersama dengan sebuah keluarga dari Malaysia yang lain. Jalan ke Baguio sama seperti kita ke Cameron Highlands. Berlekuk - lekuk , menaiki tempat ke tempat yang tinggi. Suhunya sangat sejuk.

Pesta bunganya adalah lebih berskala kecil tidak seperti Floria, di Putrajaya. Selain dari pesta bunga, terdapat juga taman permainan yang besar, tempat berekreasi dan sebagainya.

Anak- anak juga bergembira dengan menaiki kuda padi disana.


Jumpa lagi di lain masa.

Terima kasih..