Foto: Carian Google
Yeay! Masalah internet saya sudah selesai semalam.Selesai solat subuh. Seperti biasa saya merancang apa yang akan dibuat untuk hari ini. Tiba - tiba saya teringat kursus yang pernah saya ambil semasa bekerja dahulu. " 7 habits of highly effective people", oleh Franklin Covey.
Ini adalah kursus yang sangat bagus, menjana semangat dan minda positif. Saya sentiasa berpegang kepada 7 sifat ini, sewaktu mula bekerja dahulu sehingga sekarang.
Antara yang menjadi kegemaran saya adalah, "Be Proactive" dan "Think Win Win" . Saya masih teringat salah satu temuduga saya, apabila penemuduga bertanya bagaimana saya menguruskan konflik sesama rakan sekerja. Jawapan saya, cuba untuk memberi kemenangan pada semua pihak, selalunya jika begitu konflik akan dapat dielakkan sama sekali.
Walau apapun keadaannya, selamat menjana hari yang positif. Semoga diberkati Allah selalu.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan