Teks : Fauziah Mahmod
Hari ini antara hari yang saya rasa bersemangat. Biasanya, saya akan bangun awal, lepas solat subuh dengar sikit ceramah agama melalui youtube. Maklumlah ini antara alternatif yang saya ada sementelah duduk di perantauan.
Selepas bersarapan, yang sulung ke sekolah. Saya akan mendengar tips tips keusahawanan dari personaliti kegemaran saya, Dr. Azizan Osman. Bagi saya yang baru dalam bidang ini, mengusahakan kedai aksesori Raniaimanicrafts amatlah perlu mencari guru dan perlu motivasi berterusan supaya ia tidak hangat- hangat tahi ayam.
Salah satu ceramahnya, adalah kuasa membuat pilihan. Apa yang terjadi pada kita, adalah sesuatu yang kita tidak boleh pilih, tapi kita boleh buat keputusan bagaimana untuk kita "react". Kan kan!!
Jadi, jangan sedih sedih! Allah takkan uji seseorang itu melebihi kemampuannya.
Thanks and Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan