Rabu, 6 April 2016

Hidup ekspatriat.... Hidup yang nomad...

Teks: Fauziah Mahmod
Foto : Koleksi Peribadi

Sudah 6 bulan berada di Makati. Pejam celik pejam celik, terasa begitu cepat masa berlalu. Sepanjang 6 bulan di sini, pandangan peribadi saya, hidup di negara perlu tabah. Jangkaan yang indah - indah mungkin akan meleset begitu sahaja.

Kami akan berpindah ke rumah ke tiga minggu ini. 6 bulan, dan berpindah randah sebanyak 3 kali, sangat mencabar kesabaran. Si abang yang bersekolah, si adik yang perlukan perhatian, barang - barang rumah yang masih tersimpan di dalam kotak. Terasa mahu sahaja terbang balik ke Malaysia, dan meneruskan kehidupan disana.

Kami telah pulang bercuti  ke Malaysia, pada penghujung Mac dan saya mengambil peluang menghadiri Seminar Mudahnya Berniaga dari Dr Azizan. Saya simpulkan sedikit seminar yang pendek itu adalah lebih kepada persediaan diri.  Memastikan dalaman selari dengan usaha luaran untuk berniaga. Saya sangat menyukai elemen ketuhananan yang diterapkan.

Apa yang lebih menggembirakan apabila melihat adik - adik yang masih muda mengorbankan hari Sabtu mereka untuk program setengah hari ini. Semoga ilmu yang didapati bermanfaat dunia dan akhirat.

Wassalam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan