Rabu, 20 April 2016

Selamat berpindah ke rumah baru...

Teks : Fauziah Mahmod


Sudah lama tidak bersiaran. Hidup di Filipina ini sangat banyak cabarannya. Semoga ia melatih saya supaya lebih bersabar. Setelah 6 bulan disini, 3 kali berpindah rumah, dan sekarang barulah semua kotak dari Malaysia, dibuka dan disusun di tempat sepatutnya.

Anak-anak sudah nampak lebih gembira. Terkadang membawa si bongsu ke taman di Salcedo Park. Utiliti yang lain, seperti internet telah pun di pasang, setelah lebih 2 minggu berpindah ke rumah baru. Kehadiran pembantu rumah, sangat memudahkan mobiliti saya. Lebih mudah bergerak ke pasar, ke pasaraya untuk membeli barang keperluan rumah.

Disini, kita perlu bersedia dengan kemungkinan yang ada. Contoh paling senang, untuk menukar gas memasak, terkadang ia mengambil masa lebih daripada sehari untuk mendapatkan tong gas baru. Kadang - kadang apabila tong gas sampai, getahnya tidak padan dengan tong . Jadi peniaga perlu menukar tong yang baru. Mereka akan ke kedai semula. Keadaan trafik di Manila yang teruk, menyebabkan semuanya mengambil masa.  Kita perlu ada satu lagi tong gas, atau "slow cooker" sekiranya apa - apa berlaku.

Hmmm... semoga semua yang berlaku ada hikmahnya. Semoga saya sentiasa istikamah berlapang dada dengan cabaran yang mendatang.

Sekian,

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan