Selasa, 22 Disember 2015

Entri 7 : Bila si kecil tidak sihat


Teks: Fauziah Mahmod
Foto : Carian Google

Hujung minggu lepas saya ke klinik kerana puteri kami , Rania Imani telah diserang demam panas dan sembelit. Kami telah pergi ke klinik yang berhampiran di sekitar Salcedo Village.

Setelah pendaftaran dibuat seperti biasa,tiba giliran Rania untuk diperiksa. Mula -mula masuk ke klinik saya agak hairan melihat tiada kaunter ubat di klinik. Setelah pemeriksaan,dan hampir sejam doktor memberikan konsultasi, kami diberi sehelai kertas, dan telah diberitahu untuk membeli sendiri ubat di farmasi.

Senario yang sama dihospital yang besar seperti di Makati Medical Center. Doktor akan memeriksa pesakit, dan memberi perubatan yang perlu pada ketika itu. Jika ada ubat-ubatan yang perlu di ambil pesakit selepas sesi rawatan, pesakit boleh membelinya di farmasi yang terdapat dihospital tersebut atau di farmasi luar. Doktor hanya menerima yuran konsultansi.

Makati Medical Center adalah salah satu hospital panel bagi kakitangan Kedutaan Malaysia di Filipina. Dari segi infrastruktur, ia tidak banyak beza dengan hospital swasta yang ada dinegara kita. Disini, setiap pesakit akan diberikan tag pada tangan masing-masing. Hanya setelah yuran konsultansi doktor diselesaikan, surat pelepasan doktor akan diberikan . Tag pada tangan pesakit akan dibuka dipintu keluar setelah ditunjukkan surat pelepasan tersebut. Kemudian barulah boleh kita bergerak ke farmasinya untuk membeli ubat-ubatan.

Bagi perkhidmatan farmasi pula, farmasi Mercury Drug mempunyai cawangan di merata-rata tempat di Makati termasuklah di Salcedo Village.


"Paracatemol" di panggil Calpol disini. Kami pernah membeli ubat sembelit disini untuk kanak-kanak. Ubat sembelitnya tidak ada dalam bentuk cecair, sebaliknya berbentuk pepejal seperti silinder dan perlu dimasukkan ke dalam rektum. Ngeri juga! He he!

Apapun, saya rasa setiap negara mempunyai alasan tersendiri menyusun perkhidmatan perubatan masing-masing. Saya masih selesa dengan hospital dan klinik yang ada di negara kita, dimana ubat-ubatan dibekalkan sepakej bersama konsultansi doktor.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan