Jumaat, 11 Mac 2016

Quaipo, Perkampungan kecil orang Islam di Filipina

Teks: Fauziah Mahmod
Foto : Carian Google

Dua minggu yang lepas, kami ke Quaipo (Kiapo) untuk mencari barang cenderahati yang mahu dibawa pulang ke Malaysia. Kami akan berangkat pulang pada penghujug bulan ini.

Quaipo adalah sebuah pekan kecil di Manila. Ada orang yang keliru dengan Makati dan Manila. Makati terletak bersebelahan Manila. Kalau di Malaysia, kita boleh buat perumpamaan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Makati adalah Putrajaya.

Dari Makati, perjalanan dengan kereta cuma mengambil masa setengah jam. Kebanyakan kedai - kedai di situ menjual barang cenderamata dan harganya agak murah. Selain dari cenderahati, saya juga berhajat mencari keronsang mutiara kecil kerana ada permintaan pelanggan dari Malaysia untuk kedai aksesori dan hiasan dalaman saya Raniaimanicrafts.




Kebanyakan kedai di Quaipo menjual barangan cenderahati, hasil kraftangan penduduk tempatan Filipina. Ada yang menjual tempat tisu, magnet untuk dilekatkan di peti ais, cenderahati dari kayu dan sebagainya. Yang menarik disini , terdapat perkampungan kecil komuniti muslim disini dan sebuah masjid dipanggil Golden Mosque.  Dari pemerhatian saya, komuniti muslim ini taburannya disekitar Golden Mosque.

Kalau hendak mendapatkan barangan muslim, selain dari pasaraya Greenhills, disini boleh didapati tudung.selendang, abaya, jubah untuk lelaki dan sebagainya.  Ada juga dijual ayam halal dan barangan Malaysia. Meggi mee, RM 12 sepeket, hahah!



Sekian , Wassalam. 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan