Sabtu, 25 Jun 2016

Hari ni 25 Jun kan!! Saya nak umumkan pemenang SHARE and WIN contest kami!!!

Teks : Fauziah Mahmod
Foto : Koleksi persendirian


Kan dulu Raniaimanicrafts  ada buat contest SHARE and WIN  dari "facebook page " kami. 
Kami sudah ada pemenangnya. Tahniah kepada cik/ puan Ziah Aziah kerana telah dipilih sebagai pemenang. Terima kasih rajin betul share posting kami dan banyak kali pulak taip "Raniaimanicrafts" di ruangan komen.  
🎁💖💖💖💖

Jangan lupa pm . Tahniah dari kami sekali lagi !!! 
Yang lain, jangan kecewa... Insya Allah ada lagi hadiah menanti di lain waktu..



Terima kasih...



Rabu, 22 Jun 2016

Koleksi terbaru Raniaimanicrafts ... akan datang pertengahan Julai ini


Teks : Fauziah Mahmod
Foto : Koleksi Peribadi

Ini adalah salah satu dari koleksi Raniaimanicrafts yang akan datang. Saya sedang mengemaskini gambar di "Raniaimanicrafts facebook page" dan di blog.  Tunggu ye...



Terima kasih...




























++++++++++

Khamis, 16 Jun 2016

Manila Ocean Park... Berbaloi ke situ

Teks : Fauziah Mahmod
Gambar : Koleksi Peribadi

Sebelum bulan puasa, kami sempat meluangkan masa ke Manila Ocean Park. Besar dan berbaloi untuk pergi.  Ada singa laut, penguin, obor obor, aquaria, dan sebagainya. Terletak cuma kurang setengah jam dari Makati.

Tips : Kalau hendak ke sana , periksa dulu laman sesawangnya. Kadang - kadang dia boleh buat promo tiket dari RM260 ( 2600 peso) turun ke RM50 ( 500) peso.











Rabu, 15 Jun 2016

Selamat Pagi...

Foto : Google



Terima Kasih. 



Gelang mutiara, manik swarovski ini boleh dibuat cenderahati untuk tetamu.

Teks : Fauziah Mahmod

Saya nak kena restock gelang pearl dan gelang manik ni. InsyaAllah akan cari design menarik dan segar. Saja bagi idea sebab kebanyakan pelanggan yang membeli dari kami akan bagi cenderahati kepada orang tersayang... Mungkin nak buat majlis perkahwinan , khatam quran dan sebagainya. Nak di beri sebagai doorgift kepada tetamu yang datang, gelang mutiara atau gelang manik swarovski boleh dijadikan pilihan. 















Selasa, 14 Jun 2016

Tahajud...

Teks : Fauziah Mahmod
Video : Youtube

Dulu tak rajin buat tahajud. Tapi cubalah... anda akan rasa kelainannya. Vids ini sangat menyentap hati saya....  

Semoga kita akan sentiasa istiqamah melakukan perkara baik.....


Terima kasih dan Selamat Malam. 

Sabtu, 11 Jun 2016

Kalau nanti habis, takmo nangis ye

Teks : Fauziah Mahmod
Gambar : Koleksi Peribadi

Stok semakin berkurangan ye. 3 beg akan dihantar ke pemiliknya tak lama lagi. Cepat grab ladies! Karang dah habis takmo sedih !  Bukan senang nak bawa dari Filipina ni.
Nak? Whatsapp : 0126102421 / PM pun boleh  
Selamat berbuka puasa semua . Untuk keterangan lanjut sila layari fb : Raniaimanicrafts


Terima kasih & Wassalam.




Jumaat, 10 Jun 2016

Saya nak balik December ni ... Ada sesiapa lagi nak kirim Venetian Mirror???

Teks :

Teks : Fauziah Mahmod
Gambar : Koleksi Peribadi

Saya nak balik December ni . Ada sesiapa lagi nak order Venetian Mirror  ?
Boleh whatsapp ke : 0126102421
Kalau nak tengok lagi barang lain, mari mari singgah ke  kedai online kami ( fb) : Raniaimanicrafts

---

Repost : Apa tu Venetian Mirror? Venetian Mirror ni  mula -mula di cipta di Italy pada kurun ke 16 untuk melambangkan kehormatan dan status tinggi masyarakat disana.  Kiranya siapa ada cermin ni, golongan berstatus tinggi la... Hi hi. :-) :-) Cermin Venetian ini diukir cantik dan mempunyai kehalusan seni tersendiri yang melambangkan kemewahan pemiliknya. Siapa yang nak order Venetian Mirror, insyaAllah kami boleh  bawakan dari Filipina.  Harganya, lebih rendah dari pasaran. Orang biasa pun boleh ada satu kat rumah okay!!

Saya sedang update shop saya dengan gambar Venetian Mirror ni. Kalau nak tengok lebih banyak design , click fb page Raniaimanicrafts ye.








Terima kasih and Wassalam.

Selasa, 7 Jun 2016

Ikan bangus.. Signature fish di Filipina

Teks : Fauziah Mahmod
Video : Youtube


Ikan bangus adalah "signature fish" di Filipina. Siap ada bangus festival lagi.... Saya beli yang sudah di marinated dengan cuka dan bawang putih. Potong kecil kecil,celup tepung gandum... dan goreng... Sedap!!! Kalau datang ke Filipina, jangan lupa cari ikan bangus. Pastikan tulang tulangnya dibuang dahulu ye... kebiasaannya diorang buang la... . Video di bawah menunjukkan macam mana nak buang tulang bangus tu.. lecehnya...!


Sekian dan Wassalam.

Isnin, 6 Jun 2016

Hari kedua berpuasa di Makati

Teks : Fauziah Mahmod
Foto : Google

Alhamdulillah, ibadah berpuasa hari pertama disempurnakan dalam keadaan mengandung 6 bulan. Tak sabar rasanya menunggu si kecil ni menjenguk dunia. Pengalaman baru melahirkan anak di perantauan.

Sementelah bumi Makati dalam musim hujan , setelah beberapa bulan dalam cuaca panas. Ia amat membantu ibadah puasa ini. Semoga Allah memberi kemudahan hingga ke penghujung Ramadhan.

Kepada peminat kraftangan, peluang memenangi beg tangan masih terbuka sehingga 25 Jun ini!. Semoga rezeki menyebelahi anda... Nanti lambat kena beli.. hehehehhe!!!

Sila rujuk : Raniaimanicrafts ye !





Hari pertama berpuasa di Makati

Teks: Fauziah Mahmod
Foto : Google

6 Jun jatuh 1 Ramadhan di Makati, Filipina. Subuhnya masuk pada pukul 4.08 pagi , makanya perlu menyediakan sahur seawal jam 3 pagi. Rindu suasana berpuasa di Malaysia, di sini semuanya perlu disediakan sendiri. Ada juga kedai kedai makanan halal berdekatan, dan dengarnya Hotel Berjaya pun ada pakej buffet untuk berbuka puasa. Tapi, makan dirumah sajalah ... lebih senang, mudah dan ringkas.

Selamat menjalani ibadah puasa buat seluruh umat Islam di dunia. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.



Sekian,
Anak Malaysia di Makati
XOXO

Jumaat, 3 Jun 2016

Lai lai lai.... Beg tangan percuma sehingga 25 Jun, 2016

Teks : Fauziah Mahmod
Foto : Koleksi Peribadi





Check out my Facebook : Raniaimanicrafts !!


June is my birthday month. Bulan ramadhan pun akan menjelang tiba. Just want to make someone happy for this ramadhan. Hanya SATU pemenang bertuah. Akan dapat beg tangan percuma bernilai RM88 ini. SEORANG je tau!!!!! Nanti boleh rasa macam mana kehalusan beg diperbuat dari gentian abaca ni. Dari Filipina ni!!  
Caranya? 💝💝💝💝💝
Letakkan "Raniaimanicrafts" di ruangan komen.
Selesai? Like page ini , dan sharekan post ini wall anda.
Pemenangnya akan kami pilih secara rawak.
Kami akan umumkan pemenangnya pada 25 Jun, 2016.
Semoga rezeki menyebelahi anda!!! Kalau lambat nanti kena beli ! Selamat mencuba!!! XOXO!!