Teks : Fauziah Mahmod
Foto : Google
Alhamdulillah, ibadah berpuasa hari pertama disempurnakan dalam keadaan mengandung 6 bulan. Tak sabar rasanya menunggu si kecil ni menjenguk dunia. Pengalaman baru melahirkan anak di perantauan.
Sementelah bumi Makati dalam musim hujan , setelah beberapa bulan dalam cuaca panas. Ia amat membantu ibadah puasa ini. Semoga Allah memberi kemudahan hingga ke penghujung Ramadhan.
Kepada peminat kraftangan, peluang memenangi beg tangan masih terbuka sehingga 25 Jun ini!. Semoga rezeki menyebelahi anda... Nanti lambat kena beli.. hehehehhe!!!
Sila rujuk : Raniaimanicrafts ye !
Memaparkan catatan dengan label Catatan harian. Papar semua catatan

Isnin, 6 Jun 2016
Hari pertama berpuasa di Makati
Teks: Fauziah Mahmod
Foto : Google
6 Jun jatuh 1 Ramadhan di Makati, Filipina. Subuhnya masuk pada pukul 4.08 pagi , makanya perlu menyediakan sahur seawal jam 3 pagi. Rindu suasana berpuasa di Malaysia, di sini semuanya perlu disediakan sendiri. Ada juga kedai kedai makanan halal berdekatan, dan dengarnya Hotel Berjaya pun ada pakej buffet untuk berbuka puasa. Tapi, makan dirumah sajalah ... lebih senang, mudah dan ringkas.
Selamat menjalani ibadah puasa buat seluruh umat Islam di dunia. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.
Sekian,
Anak Malaysia di Makati
XOXO

Selasa, 17 Mei 2016
Bila hidup adalah tentang memilih....
Teks : Fauziah Mahmod
Hari ini antara hari yang saya rasa bersemangat. Biasanya, saya akan bangun awal, lepas solat subuh dengar sikit ceramah agama melalui youtube. Maklumlah ini antara alternatif yang saya ada sementelah duduk di perantauan.
Selepas bersarapan, yang sulung ke sekolah. Saya akan mendengar tips tips keusahawanan dari personaliti kegemaran saya, Dr. Azizan Osman. Bagi saya yang baru dalam bidang ini, mengusahakan kedai aksesori Raniaimanicrafts amatlah perlu mencari guru dan perlu motivasi berterusan supaya ia tidak hangat- hangat tahi ayam.
Salah satu ceramahnya, adalah kuasa membuat pilihan. Apa yang terjadi pada kita, adalah sesuatu yang kita tidak boleh pilih, tapi kita boleh buat keputusan bagaimana untuk kita "react". Kan kan!!
Jadi, jangan sedih sedih! Allah takkan uji seseorang itu melebihi kemampuannya.
Thanks and Wassalam.

Jumaat, 6 Mei 2016
Ayam adobo... yang ini versi lazat
Teks : Fauziah Mahmod
Foto : Google
Foto : Google
Tak sempat ambil gambar, sudah habis kami selesaikan ayam adobo kami. Jadi saya cari dari google.
Tapi yang ini lazat, ini adalah kali kedua kami memasaknya dirumah. Hidangan Filipina. Gula merah di tumis dulu bersama bawang putih dan bawang merah.
Ayam diperap dengan sos soya, sesudu cuka dan lada hitam dalam 15 mins. Sesudah tumisan berbau wangi, masukkan ayam. Renihkan ayam bersama tumisan tadi. Sedikit air akan keluar dari ayam tersebut.
Kalau mahu berkuah, tambahkan sedikit air. Ada yang letak tepung jagung, atau masukkan telur untuk membuatkan kuah pekat. Letakkan daun bay. Selesai... Cubalah... masarap!
Thanks and Wassalam.
Khamis, 5 Mei 2016
Rabu, 20 April 2016
Selamat berpindah ke rumah baru...
Teks : Fauziah Mahmod
Sudah lama tidak bersiaran. Hidup di Filipina ini sangat banyak cabarannya. Semoga ia melatih saya supaya lebih bersabar. Setelah 6 bulan disini, 3 kali berpindah rumah, dan sekarang barulah semua kotak dari Malaysia, dibuka dan disusun di tempat sepatutnya.
Anak-anak sudah nampak lebih gembira. Terkadang membawa si bongsu ke taman di Salcedo Park. Utiliti yang lain, seperti internet telah pun di pasang, setelah lebih 2 minggu berpindah ke rumah baru. Kehadiran pembantu rumah, sangat memudahkan mobiliti saya. Lebih mudah bergerak ke pasar, ke pasaraya untuk membeli barang keperluan rumah.
Disini, kita perlu bersedia dengan kemungkinan yang ada. Contoh paling senang, untuk menukar gas memasak, terkadang ia mengambil masa lebih daripada sehari untuk mendapatkan tong gas baru. Kadang - kadang apabila tong gas sampai, getahnya tidak padan dengan tong . Jadi peniaga perlu menukar tong yang baru. Mereka akan ke kedai semula. Keadaan trafik di Manila yang teruk, menyebabkan semuanya mengambil masa. Kita perlu ada satu lagi tong gas, atau "slow cooker" sekiranya apa - apa berlaku.
Hmmm... semoga semua yang berlaku ada hikmahnya. Semoga saya sentiasa istikamah berlapang dada dengan cabaran yang mendatang.
Sekian,
Wassalam.

Selasa, 29 Mac 2016
Balik kampung di Melaka. Nasi lemak makcik Milah yang sedap dan terbaik
Teks : Fauziah Mahmod
Foto: Koleksi peribadi
Sudah lama tidak mengemaskini blog. Sekarang saya berada di Melaka, kampung halaman kami bersama anak- anak. Sudah hampir seminggu di Malaysia.
Melepas rindu menjamah pelbagai juadah disamping menziarahi sanak saudara terdekat. Lega rasanya dapat menjamah nasi lemak, roti john, char kuey teow, mi goreng mamak. Nikmat yang saya sudah terasa kehilangannya ketika berada di Makati.
Nasi lemak ini kegemaran kami adik beradik sejak kecil. Nasi lemak makcik Milah, di Alor Gajah Melaka. Rasa yang sama,sekalipun tidak berubah kesedapannya biarpun sudah hampir 20 tahun berniaga. Ikan bilis dikopek sendiri katanya, bersih dan garing.

Semoga perniagaannya bertambah maju dan berkembang. Saya sedang membuat persediaan untuk ke Seminar Mudahnya Berniaga anjuran Dr Azizan. Sesuai untuk peniaga amatur macam saya. Hari ini akan ke Kota Warisan Sepang, untuk menyelesaikan beberapa hal yang penting.
Semoga dipermudahkan segalanya.
Selasa, 15 Mac 2016
Summer di Filipina
Teks : Fauziah Mahmod
Bulan Mac sudah sampai ke pertengahannya. Bulan Mac dan April, di panggil "summer" atau musim panas di Filipina. Kenapa musim panas? Kerana, hujan biasanya tidak turun pada bulan ini. Tetapi cuacanya adalah lebih sejuk dari Malaysia, sekitar 25 - 28 darjah celcius.
Di Filipina, terdapat dua musim, musim hujan dan musim panas. Dari pemerhatian saya, mungkin "pengaruh musim panas" ini datangnya dari musim penjajahan Amerika atau Sepanyol pada suatu masa dahulu yang telah diterapkan dalam masyarakat tempatan.
Apapun, Malaysia sentiasa dihati.

Rabu, 9 Mac 2016
Mi goreng mamak di bumi Makati
Teks : Fauziah Mahmod
Gambar : Koleksi Peribadi
Semalam teringin benar hendak makan mi goreng. Sambil mengemaskini blog, tinjau - tinjau apa produk yang boleh dibawa balik ke Malaysia penghujung Mac ini.
Ha.... encik suami membeli barang barang keperluan dapur. Ada mi kuning, ada taugeh, tauhu... nyum nyum! Cantik!
Tengahari yang bersemangat, pegang sudip. masukkan minyak, cili.. bla bla bla.. Mi goreng mamak siap!!!

Hari yang gembira.. Alahan mengandung juga tidak berapa teruk lagi. Kalau mahu beli diluar, RM22 sepinggan. Yang versi dirumah, makan lah puas-puas...
Wassalam.
Jumaat, 12 Februari 2016
Ahad, 24 Januari 2016
Entri 26 : Semoga Allah permudahkan
Teks: Fauziah Mahmod
Foto: Simpanan Peribadi
Minggu lepas, terbawa dengan emosi. Perubahan hormon dirasakan ketara. Marah-marah. Seluruh badan tidak sedap. Mudah penat. Selera makan juga tidak berapa baik. Kasihan keluarga, saya cuma masak sedaya yang boleh. Ringkas dan goreng-goreng. Selama itu juga saya tidak membuka komputer saya. Menjengah blog apatah lagi. Al Quran juga jarang saya baca. Begitu sedikit dugaan Allah bagi tetapi saya sudah kalah!
Kami ke Makati Medical Center. Berita baik ini saya sambut dengan gembira. Saya sedang mengandungkan anak kami yang ke tiga. Sudah dua bulan usia kandungan. Minggu ini saya mahu mengumpul semangat semula. Semoga kesihatan saya bertambah baik, dan Allah lapangkan rezeki kami sekeluarga.

Selasa, 12 Januari 2016
Entri 23 : Nasi lemak di Makati... hmmmm....
Teks :Fauziah Mahmod
Foto: Carian Google
Semalam, selepas balik dari sekolah, abang meminta nasi lemak untuk makan malam. Nasib baik barang-barang yang diperlukan ada di dapur. Santan kelapa, kacang tanah, ikan bilis masih ada.
Tapi bukan nasi lemak yang ingin saya ceritakan. Santan kelapanya. Di sini, harga sebiji kelapa parut mencecah RM4 sebiji. Tepung gandum , hampir RM10 sekilogram. Gas memasaknya, hampir RM60 setong. Tetapi, harga hasil lautnya seperti ikan, sotong, udang dan sebagainya hampir sama seperti di tempat kita.
Malaysia bumi bertuah!

Isnin, 11 Januari 2016
Entri 21: Halo halo dan ABC
Teks: Fauziah Mahmod
Foto: Carian Google
Segala yang manis-manis memang kegemaran saya. Saya peminat ABC! Tekstur aisnya yang halus, sirap, jagung, hmmm... serasa mahu terbang balik ke Malaysia.
Di Filipina, terdapat juga minuman seakan ABC dipanggil Halo-halo atau dalam bahasa Melayunya bermaksud "campuran buah-buahan". Saya membelinya dari restoran makan segera "Chaw King". Ia boleh di dapati dimana-dimana di sini. Tekstur ais halo-halo adalah lebih kasar dari ABC.Di dalamnya terdapat gula kabung, kacang merah, nangka, nata de coco, dan ubi ( berwarna ungu). Di atasnya diletakkan aiskrim dan kemudian susu cair.

Pendapat peribadi saya, saya lebih menyukai ABC kerana tekstur aisnya yang lebih halus. Tepuk dada tanya selera.
Jangan lupa mencuba Halo-halo andai tiba di Filipina!
Wassalam.
Ahad, 10 Januari 2016
Entri 20 : Isnin yang bersemangat!
Teks:Fauziah Mahmod
Foto: Carian Google
Beberapa hari lagi, akan masuk pertengahan Januari, 2016. Masa yang pantas meninggalkan kita.
Di Makati, cuaca panas sekitar 31darjah celcius disini. Saya juga sudah lama tidak ke taman "Salcedo Park" kerana urusan pindah rumah.
Seminggu abang bersekolah, saya melihat dia gembira.Tetapi agak kepenatan, kerana sesi persekolahan berakhir pada 2.30 petang. Menaiki van sekolah, biasanya abang akan sampai ke rumah pada pukul 3.40 petang. Kami harus mengqada' sesi mengajinya yang banyak ditinggalkan sejak 2 minggu kebelakangan ini. Bersekolah di sekolah antarabangsa ada kelebihannya, tetapi pada pendapat saya ibubapa juga harus kuat dalam membimbing anak-anak tentang pendidikan agama. Ini betul-betul cabaran buat kami.
Si adik, berseorangan apabila abang ke sekolah. Saya masih dalam usaha mengajarnya menulis, dan mengenal nombor sebagai persediaan untuk bersekolah pada tahun hadapan. Ada rakan kami yang akan sampai ke Filipina ini pada bulan Februari akan akan datang. Saya sudah siapkan senarai barangan yang mahu dikirim dari Malaysia. Keropok ikan, sudah pasti!
Isnin yang bersemangat, saya sedang menambahbaik blog Homestay Rumah Inap Iman saya. Semoga momentum Isnin dan hari-hari lain akan sentiasa begini, bersemangat dan produktif!

Sabtu, 9 Januari 2016
Entri 19: RaniaImaniCraft...kini difasa terakhir
Teks:Fauziah Mahmod
Foto: Simpanan Peribadi
"RaniaImanicraft", kini di fasa terakhir. Sementelah sudah hampir 2 minggu sibuk dengan urusan pindah rumah, dan talian internet yang belum disambung ke rumah baru ini. Kini, saya mula menyambung kerja-kerja yang tergendala separuh jalan.
InsyaAllah, kami akan mula beroperasi bulan Februari, 2016. Sedikit masa lagi, melalui fanpage dan akaun instagram akan saya paparkan item-item dari kedai online kami. Dalam masa yang sama, saya juga sedang mempergiatkan usaha mengiklankan Homestay Rumah Inap Iman saya di Kota Warisan. Blog bahasa Inggerisnya , http://rumahinapiman.blogspot.com/ juga sudah saya terbitkan. Masih perlu sedikit penambahbaikan.
Semoga Februari menjanjikan peluang yang lebih baik .

Jumaat, 8 Januari 2016
Entri 18 : 7 habits of highly effective people
Teks: Fauziah Mahmod
Foto: Carian Google
Yeay! Masalah internet saya sudah selesai semalam.Selesai solat subuh. Seperti biasa saya merancang apa yang akan dibuat untuk hari ini. Tiba - tiba saya teringat kursus yang pernah saya ambil semasa bekerja dahulu. " 7 habits of highly effective people", oleh Franklin Covey.
Ini adalah kursus yang sangat bagus, menjana semangat dan minda positif. Saya sentiasa berpegang kepada 7 sifat ini, sewaktu mula bekerja dahulu sehingga sekarang.

Antara yang menjadi kegemaran saya adalah, "Be Proactive" dan "Think Win Win" . Saya masih teringat salah satu temuduga saya, apabila penemuduga bertanya bagaimana saya menguruskan konflik sesama rakan sekerja. Jawapan saya, cuba untuk memberi kemenangan pada semua pihak, selalunya jika begitu konflik akan dapat dielakkan sama sekali.
Walau apapun keadaannya, selamat menjana hari yang positif. Semoga diberkati Allah selalu.
Wassalam.
Entri 17 : Jeepney dan Pedicab
Teks: Fauziah Mahmod
Foto:Simpanan Peribadi
Menyusuri jalanraya sekitar Makati, boleh saya simpulkan
ia adalah sebuah bandar yang sibuk dengan keadaan trafik yang agak menduga
perasaan. Kami kalau mahu kemana-mana, biasanya akan memilih pagi Sabtu, atau
pada hari Ahad. Hari Ahad, jalanraya nya agak lengang sementelah ramai dari
warganya yang beragama Kristian, berada di gereja.
Kenderaan awam yang popular disini, adalah MRT, LRT,
teksi,keretapi, bas, jeepney dan pedicab. Jeepney dan pedicab adalah dua
kenderaan yang agak unik untuk saya kongsikan bersama pembaca.
Jeepney berbentuk seperti gabungan van dan "jeep". Di sesetengah tempat, jeepney tidak dibenarkan masuk. Terdapat pelbagai warna, dan untuk satu satu masa, jeepney ini saya anggarkan boleh memuatkan 20 orang. Jeepney ini sukar diramal, kadangkala ia boleh berhenti dimana-mana sahaja ia suka tanpa menghiraukan kesesakan yang ada.
Pedicab atau tricycle banyak kelihatan jika kita keluar sedikit dari Salcedo Village. Ia kelihatan seperti beca. Ada yang menggunakan motosikal dan ada pula yang menggunakan basikal disambungkan dengan tempat penumpangnya. Difahamkan jeepney dan pedicab adalah alternatif kenderaan awam yang termurah disini.
Saya masih belum berkesempatan menaiki kedua-dua kenderaan ini. InsyaAllah jika keadaan mengizinkan saya akan mencubanya.
Wassalam.
Selasa, 5 Januari 2016
Entri 16: Bila Pondel bersekolah
Teks: Fauziah Mahmod
Foto: Simpanan Peribadi
4 Januari, 2016 . Pondel saya akan ke sekolah. “Pondel”
adalah perkataan sebelah Negeri Sembilan untuk orang yang badannya berisi. Kadang-kadang, abang akan kami usik dengan
panggilan ini. Pagi Isnin, kami bangun seawal 5.30 pagi menyiapkan sarapan,
solat dan mengejutkan abang untuk mandi. Sekolah akan bermula pada jam 7.55
pagi.
Setelah menghabiskan sebotol susu, barulah abang bergerak
untuk mandi. Selesai mandi dan berpakaian, kami bersarapan bersama. Anak yang
sulung ini, kurang sedikit kerisauan saya kerana dia pandai bercampur dan
bergaul dengan rakan-rakan. Abang akan ke King School, Manila . Salah satu
sekolah antarabangsa disini. Sekolah ini
juga menyediakan makanan tengahari . Jenis makanan akan diberikan kepada
pelajar berdasarkan lencana atau “tag”.
Untuk anak- anak muslim hanya makanan halal akan disajikan. Sesi persekolahan
akan berakhir pada pukul 2.30 petang.
Hari pertama ke sekolah, kami menghantar abang ke King
School. Kami bertolak pada pukul 7 pagi, dan sampai pada pukul 7.20 pagi. Masih
awal. Kelihatan anak-anak yang lain sedang bermain-main di padang sekolah, ada
yang berehat di tepi koridor dan sebagainya sementara menunggu waktu kelas
bermula. Abang nampak bersemangat, dan gembira! Tepat pukul 7.50 pagi, kami
menghantarnya ke kelas, Teacher Rachel menyambut kami dan berbual sebentar.
Kelas yang kecil, persekitaran yang kondusif untuk anak-anak
belajar. Setelah bersalaman, abang menyuruh kami pulang ke rumah. Okay! Nampak
yakin!
Untuk anak-anak di Malaysia, saya ucapkan selamat belajar.
Semoga kekal cemerlang bukan sahaja pada akademik, juga sahsiah dan nilai diri.
Isnin, 4 Januari 2016
Entri 15: 2016, permulaan yang mencabar
Teks :Fauziah Mahmod
Kami menyambut tahun baru di Makati. Ini kali pertama saya
menyambut tahun baru di luar negara. Seperti entri saya yang lepas, beberapa
minggu sebelum tahun baru telah kelihatan lampu-lampu berwarna- warni menghiasi
jalanrayanya.
Cabaran baru bermula bagi kami apabila terpaksa berpindah
dari pangsapuri yang kami duduki. Kontrak berakhir pada 31 Disember, 2015 dan
kami akan ditempatkan di rumah transit sementara mencari penempatan yang baru
di sekitar Salcedo Village. Kadar sewa yang dinaikkan dan nilai tukaran semasa
matawang Malaysia yang jatuh untuk menyerap kenaikan kadar sewa tersebut,
menyebabkan kami perlu mencari alternatif lain. Banyak urusannya bila
berpindah. Talian telefon, pertukaran alamat surat menyurat, talian internet
perlu diselesaikan segera. Sekarang semuanya masih di dalam proses. Ini adalah
senario biasa bagi staf-staf yang ditempatkan diluar negara.Tetapi, ada juga
kedutaan kita yang menyediakan kuarters untuk staf-staf kedutaan.
Proses penyerahan rumah sewa di Filipina, dari pengalaman
saya adalah sangat tersusun dan sistematik. Pada hari tersebut, penyewa
hendaklah memastikan rumah dalam keadaan tersusun dan bersih, sama seperti hari
mula-mula kita masuk ke rumah tersebut.
Peralatan elektrik, perabot-perabot yang ada akan di audit berdasarkan
senarai inventori rumah tersebut. Jika ada peralatan yang rosak atau hilang,
penilaian akan dibuat dan seterusnya penyewa hendaklah membayar gantirugi.
Barang-barang telah dikemaskan, pakaian, kasut-kasut, permainan anak-anak. Stress juga! Ha ha!

Ketiadaan talian internet juga
menyebabkan penambahbaikan kedai online kami “RaniaImaniCraft”, dan pengiklanan
internet “Homestay Rumah Inap Iman” tergendala sebentar. Abang yang akan mula bersekolah
pada 4 Januari ini juga menyebabkan kami suami-isteri agak sibuk menguruskan
persekolahan abang, dan urusan pindah rumah. Saya cuma berpeluang melayari
internet jika singgah dipremis-premis yang menawarkan “WIFI” percuma.
Semoga saya tabah.
Wassalam.
Jumaat, 1 Januari 2016
Entri 14 : Salam Tahun Baru dari Makati, Filipina!!
Teks: Fauziah Mahmod
Foto: Carian Google
Salam Tahun Baru dari Makati!! Sudah sampai ke penghujung 2015. 2016 akan menjelang tiba, episod tahun baru akan bermula bagi semua . Pasti sudah terpasak di hati apa yang akan dilakukan sepanjang 2016 nanti.
Di Makati, persiapan tahun barunya meriah. Lampu-lampu berwarna, hiasan pelbagai bentuk menghiasi sepanjang jalanraya. Kami menerima jemputan ke Hotel Heritage , untuk sambutan tahun baru ini. Hotel Heritage ini terletak di Pasay . Kami membawa anak- anak bersama, tetapi kami menjangka tidak akan sampai ke detik 12 malam, kerana biasanya si abang akan terlena paling lewat pada pukul 9 malam.

Sampai di Hotel Heritage, lebih kurang pukul 8 malam. Pelbagai juadah disediakan, seperti sushi, nasi ayam hainan, kek, aiskrim, kuih-muih dan sebagainya. Berbual sebentar dengan tetamu yang hadir, melayan anak-anak menjamah aiskrim kegemaran masing masing. Disatu sudut di Hotel Heritage terdapat "Santa Workshop", di mana terdapat patung-patung orang kerdil dan berkonsepkan Krismas.
Seperti dijangka, abang sudah pun melelapkan mata dikerusinya . Tepat pukul 9.30 malam kami meminta diri kerana si adik pula sudah mula mengantuk. Kami sampai dirumah, lebih kurang pukul 10 malam. Tertidur, dan tepat pukul 12 saya terdengar dentuman bunga api di sana-sini. Sambutan tahun baru agak signifikan maknanya kepada sesetengah individu.Tetapi pada saya, berusaha melaksanakan apa yang dimpikan adalah lebih penting.
Selamat tahun baru semua. Semoga apa yang dicita-citakan akan menjadi kenyataan.
Wassalam.
Langgan:
Catatan (Atom)