Sabtu, 30 April 2016

World Street Food Expo di Fort Bonifacio

Teks : Fauziah Mahmod
Foto : Koleksi Peribadi

Hujung minggu yang lepas, berjalan jalan di Fort Bonifacio, BGC. Keseluruhannya, ada lebih kurang 25 gerai dari seluruh dunia yang mengambil bahagian. Terdapat 2 gerai dari Malaysia, yang menjual asam laksa dan mi siam.

Terubat rindu apabila dapat menikmati satay daging dari Indonesia.. Nyum nyum... banyak saya makan.. :-) :-)


Wassalam,
Fauziah Mahmod

Rabu, 27 April 2016

Mutiara asli... ke palsu ??

Teks : Fauziah Mahmod
Gambar  : Koleksi Peribadi

Saya dapat tips ni dari "http://sabahcraftandpearl.blogspot.com/" . Penjual mutiara dari Greenhills pun beritahu benda yang sama.
Tips untuk tahu samada mutiara yang kita beli mutiara asli ?
 Lambung sikit, biasanya mutiara asli tu berat. 
Gigit sikit..hahaha.. terasa kesat permukaannya.
 Bakar sikit.. mutiara asli kalau kita bakar , takda kesan pun...
Tips pertama dan ketiga tu nampak ok, tapi yang nombor dua tu.. ekstrem betul.. hehehe...
Saya dah try tips 1 dan ke 3, InsyaAllah, mutiara air tawar kami asli uolls!!!! smile emoticon smile emoticon



Rabu, 20 April 2016

Selamat berpindah ke rumah baru...

Teks : Fauziah Mahmod


Sudah lama tidak bersiaran. Hidup di Filipina ini sangat banyak cabarannya. Semoga ia melatih saya supaya lebih bersabar. Setelah 6 bulan disini, 3 kali berpindah rumah, dan sekarang barulah semua kotak dari Malaysia, dibuka dan disusun di tempat sepatutnya.

Anak-anak sudah nampak lebih gembira. Terkadang membawa si bongsu ke taman di Salcedo Park. Utiliti yang lain, seperti internet telah pun di pasang, setelah lebih 2 minggu berpindah ke rumah baru. Kehadiran pembantu rumah, sangat memudahkan mobiliti saya. Lebih mudah bergerak ke pasar, ke pasaraya untuk membeli barang keperluan rumah.

Disini, kita perlu bersedia dengan kemungkinan yang ada. Contoh paling senang, untuk menukar gas memasak, terkadang ia mengambil masa lebih daripada sehari untuk mendapatkan tong gas baru. Kadang - kadang apabila tong gas sampai, getahnya tidak padan dengan tong . Jadi peniaga perlu menukar tong yang baru. Mereka akan ke kedai semula. Keadaan trafik di Manila yang teruk, menyebabkan semuanya mengambil masa.  Kita perlu ada satu lagi tong gas, atau "slow cooker" sekiranya apa - apa berlaku.

Hmmm... semoga semua yang berlaku ada hikmahnya. Semoga saya sentiasa istikamah berlapang dada dengan cabaran yang mendatang.

Sekian,

Wassalam.

Rabu, 6 April 2016

Hidup ekspatriat.... Hidup yang nomad...

Teks: Fauziah Mahmod
Foto : Koleksi Peribadi

Sudah 6 bulan berada di Makati. Pejam celik pejam celik, terasa begitu cepat masa berlalu. Sepanjang 6 bulan di sini, pandangan peribadi saya, hidup di negara perlu tabah. Jangkaan yang indah - indah mungkin akan meleset begitu sahaja.

Kami akan berpindah ke rumah ke tiga minggu ini. 6 bulan, dan berpindah randah sebanyak 3 kali, sangat mencabar kesabaran. Si abang yang bersekolah, si adik yang perlukan perhatian, barang - barang rumah yang masih tersimpan di dalam kotak. Terasa mahu sahaja terbang balik ke Malaysia, dan meneruskan kehidupan disana.

Kami telah pulang bercuti  ke Malaysia, pada penghujung Mac dan saya mengambil peluang menghadiri Seminar Mudahnya Berniaga dari Dr Azizan. Saya simpulkan sedikit seminar yang pendek itu adalah lebih kepada persediaan diri.  Memastikan dalaman selari dengan usaha luaran untuk berniaga. Saya sangat menyukai elemen ketuhananan yang diterapkan.

Apa yang lebih menggembirakan apabila melihat adik - adik yang masih muda mengorbankan hari Sabtu mereka untuk program setengah hari ini. Semoga ilmu yang didapati bermanfaat dunia dan akhirat.

Wassalam.



Ahad, 3 April 2016

Raniaimanicrafts sudah mendaftar di SSM

Teks : Fauziah Mahmod
Foto: Koleksi peribadi

Sudah kembali ke Makati dari Malaysia. Sempat juga membuat pendaftaran SSM untuk perniagaan Raniaimanicrafts kami di bangunan MITC Melaka. Alhamdulillah, sempat juga mendaftar dan membuka akaun semasa untuk perniagaan ini. Semoga perjalanan kami diberkati Allah.



Thanks and Wassalam