Ahad, 24 Januari 2016

Entri 26 : Semoga Allah permudahkan

Teks: Fauziah Mahmod
Foto: Simpanan Peribadi

Minggu lepas, terbawa dengan emosi. Perubahan hormon dirasakan ketara. Marah-marah. Seluruh badan tidak sedap. Mudah penat. Selera makan juga tidak berapa baik. Kasihan keluarga, saya cuma masak sedaya yang boleh. Ringkas dan goreng-goreng.  Selama itu juga saya tidak membuka komputer saya. Menjengah blog apatah lagi. Al Quran juga jarang saya baca. Begitu sedikit dugaan Allah bagi tetapi saya sudah kalah!



Kami ke Makati Medical Center. Berita baik ini saya sambut dengan gembira. Saya sedang mengandungkan anak kami yang ke tiga. Sudah dua bulan usia kandungan. Minggu ini saya mahu mengumpul semangat semula. Semoga kesihatan saya bertambah baik, dan Allah lapangkan rezeki kami sekeluarga.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan