Jumaat, 6 Mei 2016

Ayam adobo... yang ini versi lazat

Teks : Fauziah Mahmod
Foto : Google


Tak sempat ambil gambar, sudah habis kami selesaikan ayam adobo kami. Jadi saya cari dari google. 
Tapi yang ini  lazat, ini adalah kali kedua kami memasaknya dirumah. Hidangan Filipina. Gula merah di tumis dulu bersama bawang putih dan bawang merah. 
Ayam diperap dengan sos soya, sesudu cuka dan lada hitam dalam 15 mins. Sesudah tumisan berbau wangi, masukkan ayam. Renihkan ayam bersama tumisan tadi. Sedikit air akan keluar dari ayam tersebut. 
Kalau mahu berkuah, tambahkan sedikit air. Ada yang letak tepung jagung, atau masukkan telur untuk membuatkan kuah pekat. Letakkan daun bay. Selesai...  Cubalah... masarap!

Thanks and Wassalam. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan