Rabu, 6 April 2016

Hidup ekspatriat.... Hidup yang nomad...

Teks: Fauziah Mahmod
Foto : Koleksi Peribadi

Sudah 6 bulan berada di Makati. Pejam celik pejam celik, terasa begitu cepat masa berlalu. Sepanjang 6 bulan di sini, pandangan peribadi saya, hidup di negara perlu tabah. Jangkaan yang indah - indah mungkin akan meleset begitu sahaja.

Kami akan berpindah ke rumah ke tiga minggu ini. 6 bulan, dan berpindah randah sebanyak 3 kali, sangat mencabar kesabaran. Si abang yang bersekolah, si adik yang perlukan perhatian, barang - barang rumah yang masih tersimpan di dalam kotak. Terasa mahu sahaja terbang balik ke Malaysia, dan meneruskan kehidupan disana.

Kami telah pulang bercuti  ke Malaysia, pada penghujung Mac dan saya mengambil peluang menghadiri Seminar Mudahnya Berniaga dari Dr Azizan. Saya simpulkan sedikit seminar yang pendek itu adalah lebih kepada persediaan diri.  Memastikan dalaman selari dengan usaha luaran untuk berniaga. Saya sangat menyukai elemen ketuhananan yang diterapkan.

Apa yang lebih menggembirakan apabila melihat adik - adik yang masih muda mengorbankan hari Sabtu mereka untuk program setengah hari ini. Semoga ilmu yang didapati bermanfaat dunia dan akhirat.

Wassalam.



Ahad, 3 April 2016

Raniaimanicrafts sudah mendaftar di SSM

Teks : Fauziah Mahmod
Foto: Koleksi peribadi

Sudah kembali ke Makati dari Malaysia. Sempat juga membuat pendaftaran SSM untuk perniagaan Raniaimanicrafts kami di bangunan MITC Melaka. Alhamdulillah, sempat juga mendaftar dan membuka akaun semasa untuk perniagaan ini. Semoga perjalanan kami diberkati Allah.



Thanks and Wassalam 

Selasa, 29 Mac 2016

Balik kampung di Melaka. Nasi lemak makcik Milah yang sedap dan terbaik

Teks : Fauziah Mahmod
Foto: Koleksi peribadi

Sudah lama tidak mengemaskini blog. Sekarang saya berada di Melaka, kampung halaman kami bersama anak- anak. Sudah hampir seminggu di Malaysia.

Melepas rindu menjamah pelbagai juadah disamping menziarahi sanak saudara terdekat. Lega rasanya dapat menjamah nasi lemak, roti john, char kuey teow, mi goreng mamak. Nikmat yang saya sudah terasa kehilangannya ketika berada di Makati.

Nasi lemak ini kegemaran kami adik beradik sejak kecil. Nasi lemak makcik Milah, di Alor Gajah Melaka. Rasa yang sama,sekalipun tidak berubah kesedapannya biarpun sudah hampir 20 tahun berniaga.  Ikan bilis dikopek sendiri katanya, bersih dan garing.


Semoga perniagaannya bertambah maju dan berkembang. Saya sedang membuat persediaan untuk ke Seminar Mudahnya Berniaga anjuran Dr Azizan. Sesuai untuk peniaga amatur macam saya. Hari ini akan ke Kota Warisan Sepang, untuk menyelesaikan beberapa hal yang penting. 

Semoga dipermudahkan segalanya.



Selasa, 22 Mac 2016

Cermin Venetian dari Filipina

Teks : Fauziah Mahmod
Foto : Koleksi Peribadi

Kalau balik dari Filipina, Venetian Mirror atau Cermin Venetian ini selalunya menjadi kemestian untuk dibawa pulang ke Malaysia. Harganya jauh berbeza jika dibandingkan di tempat kita.

Pertama kali saya melihat cermin ini digantung di rumah rakan - rakan, saya tertarik dengan kecantikannya. Nah, saya bawakan kecantikan cermin ini untuk tatapan anda semua. Kalau ada yang berminat, nanti saya boleh kirimkan ke Malaysia dan ETAnya pada bulan September, 2016.

Kalau berkenan, bagi tahu ye. Saya akan update di facebook Raniaimanicrafts untuk lebih keterangan lanjut tidak lama lagi.



















Ahad, 20 Mac 2016

Hasil kraf dari Legazpi, Filipina

Teks : Fauziah Mahmod
Foto; Koleksi peribadi


Beg tangan menarik. Dari Legazpi, Filipina. Kami sedang dalam usaha membawanya ke Malaysia. Doakan kami ye.. Hanya di RaniaImanicrafts



Yeay! Menghitung hari mahu pulang bercuti ke Malaysia .

Wassalam.
Fauziah Mahmod

Selasa, 15 Mac 2016

Summer di Filipina

Teks : Fauziah Mahmod


Bulan Mac sudah sampai ke pertengahannya. Bulan Mac dan April, di panggil "summer" atau musim panas di Filipina. Kenapa musim panas? Kerana, hujan biasanya tidak turun pada bulan ini.  Tetapi cuacanya adalah lebih sejuk dari Malaysia, sekitar 25 - 28 darjah celcius.

Di Filipina, terdapat dua musim, musim hujan dan musim panas. Dari pemerhatian saya, mungkin "pengaruh musim panas" ini datangnya dari musim penjajahan Amerika atau Sepanyol pada suatu masa dahulu yang telah diterapkan dalam masyarakat tempatan.

Apapun, Malaysia sentiasa dihati.

Wassalam.

Ahad, 13 Mac 2016

Saya mahu pulang ke Malaysia.

Teks : Fauziah Mahmod

Saya akan pulang bercuti hujung bulan Mac ini di Malaysia. Dua minggu. Dalam hati berbunga riang sudah terbayang macam - macam makanan di tanahair.

Malaysia bumi tercinta.... yeay!