Selasa, 10 Mei 2016

Isnin, 9 Mei 2016

Kami buka tempahan untuk beg- beg dari Filipina ini

Teks : Fauziah Mahmod
Foto : Koleksi Persendirian

Kami buka tempahan untuk beg- beg dari gentian abaca ini didatangkan khas dari Filipina.
Untuk keterangan lanjut, sila lawati facebook Raniaimanicrafts






Thanks and Wassalam

Jumaat, 6 Mei 2016

Ayam adobo... yang ini versi lazat

Teks : Fauziah Mahmod
Foto : Google


Tak sempat ambil gambar, sudah habis kami selesaikan ayam adobo kami. Jadi saya cari dari google. 
Tapi yang ini  lazat, ini adalah kali kedua kami memasaknya dirumah. Hidangan Filipina. Gula merah di tumis dulu bersama bawang putih dan bawang merah. 
Ayam diperap dengan sos soya, sesudu cuka dan lada hitam dalam 15 mins. Sesudah tumisan berbau wangi, masukkan ayam. Renihkan ayam bersama tumisan tadi. Sedikit air akan keluar dari ayam tersebut. 
Kalau mahu berkuah, tambahkan sedikit air. Ada yang letak tepung jagung, atau masukkan telur untuk membuatkan kuah pekat. Letakkan daun bay. Selesai...  Cubalah... masarap!

Thanks and Wassalam. 


Rabu, 4 Mei 2016

Turon... ini desert yang sedap

Teks : Fauziah Mahmod
Gambar: Koleksi Peribadi

Selawat dan salam untuk nabi junjungan. Selamat memperingati israk mikraj kepada semua.

Desert ini namanya turon.  Makanan Filipina. Sedap!  Pisang masak, diselit dengan buah nangka . Dibalut dengan kulit popia, kemudian digoreng dan disira dengan gula perang. Hmmmm.... sedap! memang sedap!

Thanks and Wassalam.




Selasa, 3 Mei 2016

Handbag : Si biru yang menenangkan hati

Teks : Fauziah Mahmod
Gambar : Koleksi Peribadi

Salah satu beg yang akan saya hantar ke Malaysia. Si biru yang menenangkan hati... Nantikan kami di Raniaimanicrafts ye !



Thanks and Wassalam

Isnin, 2 Mei 2016

Phew... akhirnya siap juga handbag saya

Teks  : Fauziah Mahmod
Gambar  : Koleksi Peribadi

Akhirnya.. beg- beg dari gentian abaca yang saya pesan dari Alabang, Filipina sudah disiapkan oleh pembekal. Tak banyak, untuk permulaan saya akan cuma bawa 10 unit ke Malaysia. 3 pembeli terawal akan menerima hadiah misteri dari Raniaimanicrafts ... blink.. blink.. blink...!!



Thanks and Wassalam.