Isnin, 16 Mei 2016

Hadiah misteri hanya sehingga 31 May ye

Teks : Fauziah Mahmod
Gambar : Koleksi Persendirian

3 pembeli beg pertama akan mendapat hadiah misteri dari Raniamanicrafts. Kami buka tawaran ini sampai 31 Mei sahaja ye.. Jangan cakap akak tak payung... !! He he... 






Khamis, 12 Mei 2016

Apa tu Venetian Mirror ?

Teks : Fauziah Mahmod
Gambar : Koleksi Peribadi

Apa tu Venetian Mirror? Venetian Mirror ni  mula -mula di cipta di Italy pada kurun ke 16 untuk melambangkan kehormatan dan status tinggi masyarakat disana.  Kiranya siapa ada cermin ni, golongan berstatus tinggi la... Hi hi. :-) :-) Cermin Venetian ini diukir cantik dan mempunyai kehalusan seni tersendiri yang melambangkan kemewahan pemiliknya. Siapa yang nak order Venetian Mirror, insyaAllah kami boleh  bawakan dari Filipina.  Harganya, lebih rendah dari pasaran. Orang biasa pun boleh ada satu kat rumah okay!!

Saya sedang update shop saya dengan gambar Venetian Mirror ni. Kalau nak tengok lebih banyak design , click fb page Raniaimanicrafts ye.








Terima kasih and Wassalam.

Selasa, 10 Mei 2016

Isnin, 9 Mei 2016

Kami buka tempahan untuk beg- beg dari Filipina ini

Teks : Fauziah Mahmod
Foto : Koleksi Persendirian

Kami buka tempahan untuk beg- beg dari gentian abaca ini didatangkan khas dari Filipina.
Untuk keterangan lanjut, sila lawati facebook Raniaimanicrafts






Thanks and Wassalam

Jumaat, 6 Mei 2016

Ayam adobo... yang ini versi lazat

Teks : Fauziah Mahmod
Foto : Google


Tak sempat ambil gambar, sudah habis kami selesaikan ayam adobo kami. Jadi saya cari dari google. 
Tapi yang ini  lazat, ini adalah kali kedua kami memasaknya dirumah. Hidangan Filipina. Gula merah di tumis dulu bersama bawang putih dan bawang merah. 
Ayam diperap dengan sos soya, sesudu cuka dan lada hitam dalam 15 mins. Sesudah tumisan berbau wangi, masukkan ayam. Renihkan ayam bersama tumisan tadi. Sedikit air akan keluar dari ayam tersebut. 
Kalau mahu berkuah, tambahkan sedikit air. Ada yang letak tepung jagung, atau masukkan telur untuk membuatkan kuah pekat. Letakkan daun bay. Selesai...  Cubalah... masarap!

Thanks and Wassalam. 


Rabu, 4 Mei 2016

Turon... ini desert yang sedap

Teks : Fauziah Mahmod
Gambar: Koleksi Peribadi

Selawat dan salam untuk nabi junjungan. Selamat memperingati israk mikraj kepada semua.

Desert ini namanya turon.  Makanan Filipina. Sedap!  Pisang masak, diselit dengan buah nangka . Dibalut dengan kulit popia, kemudian digoreng dan disira dengan gula perang. Hmmmm.... sedap! memang sedap!

Thanks and Wassalam.