Rabu, 15 Jun 2016

Gelang mutiara, manik swarovski ini boleh dibuat cenderahati untuk tetamu.

Teks : Fauziah Mahmod

Saya nak kena restock gelang pearl dan gelang manik ni. InsyaAllah akan cari design menarik dan segar. Saja bagi idea sebab kebanyakan pelanggan yang membeli dari kami akan bagi cenderahati kepada orang tersayang... Mungkin nak buat majlis perkahwinan , khatam quran dan sebagainya. Nak di beri sebagai doorgift kepada tetamu yang datang, gelang mutiara atau gelang manik swarovski boleh dijadikan pilihan. 















Selasa, 14 Jun 2016

Tahajud...

Teks : Fauziah Mahmod
Video : Youtube

Dulu tak rajin buat tahajud. Tapi cubalah... anda akan rasa kelainannya. Vids ini sangat menyentap hati saya....  

Semoga kita akan sentiasa istiqamah melakukan perkara baik.....


Terima kasih dan Selamat Malam. 

Sabtu, 11 Jun 2016

Kalau nanti habis, takmo nangis ye

Teks : Fauziah Mahmod
Gambar : Koleksi Peribadi

Stok semakin berkurangan ye. 3 beg akan dihantar ke pemiliknya tak lama lagi. Cepat grab ladies! Karang dah habis takmo sedih !  Bukan senang nak bawa dari Filipina ni.
Nak? Whatsapp : 0126102421 / PM pun boleh  
Selamat berbuka puasa semua . Untuk keterangan lanjut sila layari fb : Raniaimanicrafts


Terima kasih & Wassalam.




Jumaat, 10 Jun 2016

Saya nak balik December ni ... Ada sesiapa lagi nak kirim Venetian Mirror???

Teks :

Teks : Fauziah Mahmod
Gambar : Koleksi Peribadi

Saya nak balik December ni . Ada sesiapa lagi nak order Venetian Mirror  ?
Boleh whatsapp ke : 0126102421
Kalau nak tengok lagi barang lain, mari mari singgah ke  kedai online kami ( fb) : Raniaimanicrafts

---

Repost : Apa tu Venetian Mirror? Venetian Mirror ni  mula -mula di cipta di Italy pada kurun ke 16 untuk melambangkan kehormatan dan status tinggi masyarakat disana.  Kiranya siapa ada cermin ni, golongan berstatus tinggi la... Hi hi. :-) :-) Cermin Venetian ini diukir cantik dan mempunyai kehalusan seni tersendiri yang melambangkan kemewahan pemiliknya. Siapa yang nak order Venetian Mirror, insyaAllah kami boleh  bawakan dari Filipina.  Harganya, lebih rendah dari pasaran. Orang biasa pun boleh ada satu kat rumah okay!!

Saya sedang update shop saya dengan gambar Venetian Mirror ni. Kalau nak tengok lebih banyak design , click fb page Raniaimanicrafts ye.








Terima kasih and Wassalam.

Selasa, 7 Jun 2016

Ikan bangus.. Signature fish di Filipina

Teks : Fauziah Mahmod
Video : Youtube


Ikan bangus adalah "signature fish" di Filipina. Siap ada bangus festival lagi.... Saya beli yang sudah di marinated dengan cuka dan bawang putih. Potong kecil kecil,celup tepung gandum... dan goreng... Sedap!!! Kalau datang ke Filipina, jangan lupa cari ikan bangus. Pastikan tulang tulangnya dibuang dahulu ye... kebiasaannya diorang buang la... . Video di bawah menunjukkan macam mana nak buang tulang bangus tu.. lecehnya...!


Sekian dan Wassalam.

Isnin, 6 Jun 2016

Hari kedua berpuasa di Makati

Teks : Fauziah Mahmod
Foto : Google

Alhamdulillah, ibadah berpuasa hari pertama disempurnakan dalam keadaan mengandung 6 bulan. Tak sabar rasanya menunggu si kecil ni menjenguk dunia. Pengalaman baru melahirkan anak di perantauan.

Sementelah bumi Makati dalam musim hujan , setelah beberapa bulan dalam cuaca panas. Ia amat membantu ibadah puasa ini. Semoga Allah memberi kemudahan hingga ke penghujung Ramadhan.

Kepada peminat kraftangan, peluang memenangi beg tangan masih terbuka sehingga 25 Jun ini!. Semoga rezeki menyebelahi anda... Nanti lambat kena beli.. hehehehhe!!!

Sila rujuk : Raniaimanicrafts ye !