Jumaat, 10 Jun 2016

Saya nak balik December ni ... Ada sesiapa lagi nak kirim Venetian Mirror???

Teks :

Teks : Fauziah Mahmod
Gambar : Koleksi Peribadi

Saya nak balik December ni . Ada sesiapa lagi nak order Venetian Mirror  ?
Boleh whatsapp ke : 0126102421
Kalau nak tengok lagi barang lain, mari mari singgah ke  kedai online kami ( fb) : Raniaimanicrafts

---

Repost : Apa tu Venetian Mirror? Venetian Mirror ni  mula -mula di cipta di Italy pada kurun ke 16 untuk melambangkan kehormatan dan status tinggi masyarakat disana.  Kiranya siapa ada cermin ni, golongan berstatus tinggi la... Hi hi. :-) :-) Cermin Venetian ini diukir cantik dan mempunyai kehalusan seni tersendiri yang melambangkan kemewahan pemiliknya. Siapa yang nak order Venetian Mirror, insyaAllah kami boleh  bawakan dari Filipina.  Harganya, lebih rendah dari pasaran. Orang biasa pun boleh ada satu kat rumah okay!!

Saya sedang update shop saya dengan gambar Venetian Mirror ni. Kalau nak tengok lebih banyak design , click fb page Raniaimanicrafts ye.








Terima kasih and Wassalam.

Selasa, 7 Jun 2016

Ikan bangus.. Signature fish di Filipina

Teks : Fauziah Mahmod
Video : Youtube


Ikan bangus adalah "signature fish" di Filipina. Siap ada bangus festival lagi.... Saya beli yang sudah di marinated dengan cuka dan bawang putih. Potong kecil kecil,celup tepung gandum... dan goreng... Sedap!!! Kalau datang ke Filipina, jangan lupa cari ikan bangus. Pastikan tulang tulangnya dibuang dahulu ye... kebiasaannya diorang buang la... . Video di bawah menunjukkan macam mana nak buang tulang bangus tu.. lecehnya...!


Sekian dan Wassalam.

Isnin, 6 Jun 2016

Hari kedua berpuasa di Makati

Teks : Fauziah Mahmod
Foto : Google

Alhamdulillah, ibadah berpuasa hari pertama disempurnakan dalam keadaan mengandung 6 bulan. Tak sabar rasanya menunggu si kecil ni menjenguk dunia. Pengalaman baru melahirkan anak di perantauan.

Sementelah bumi Makati dalam musim hujan , setelah beberapa bulan dalam cuaca panas. Ia amat membantu ibadah puasa ini. Semoga Allah memberi kemudahan hingga ke penghujung Ramadhan.

Kepada peminat kraftangan, peluang memenangi beg tangan masih terbuka sehingga 25 Jun ini!. Semoga rezeki menyebelahi anda... Nanti lambat kena beli.. hehehehhe!!!

Sila rujuk : Raniaimanicrafts ye !





Hari pertama berpuasa di Makati

Teks: Fauziah Mahmod
Foto : Google

6 Jun jatuh 1 Ramadhan di Makati, Filipina. Subuhnya masuk pada pukul 4.08 pagi , makanya perlu menyediakan sahur seawal jam 3 pagi. Rindu suasana berpuasa di Malaysia, di sini semuanya perlu disediakan sendiri. Ada juga kedai kedai makanan halal berdekatan, dan dengarnya Hotel Berjaya pun ada pakej buffet untuk berbuka puasa. Tapi, makan dirumah sajalah ... lebih senang, mudah dan ringkas.

Selamat menjalani ibadah puasa buat seluruh umat Islam di dunia. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.



Sekian,
Anak Malaysia di Makati
XOXO

Jumaat, 3 Jun 2016

Lai lai lai.... Beg tangan percuma sehingga 25 Jun, 2016

Teks : Fauziah Mahmod
Foto : Koleksi Peribadi





Check out my Facebook : Raniaimanicrafts !!


June is my birthday month. Bulan ramadhan pun akan menjelang tiba. Just want to make someone happy for this ramadhan. Hanya SATU pemenang bertuah. Akan dapat beg tangan percuma bernilai RM88 ini. SEORANG je tau!!!!! Nanti boleh rasa macam mana kehalusan beg diperbuat dari gentian abaca ni. Dari Filipina ni!!  
Caranya? 💝💝💝💝💝
Letakkan "Raniaimanicrafts" di ruangan komen.
Selesai? Like page ini , dan sharekan post ini wall anda.
Pemenangnya akan kami pilih secara rawak.
Kami akan umumkan pemenangnya pada 25 Jun, 2016.
Semoga rezeki menyebelahi anda!!! Kalau lambat nanti kena beli ! Selamat mencuba!!! XOXO!!

Ahad, 22 Mei 2016

Merayau di Mall of Asia, Pasay City

Teks : Fauziah Mahmod
Foto : Google

Menghabiskan petang Ahad di Mall of Asia, Pasay City. Kecil sikit dari SM Megamall tapi lenguh juga kaki makyong meronda -ronda. Nak bagi tips, disini tiada surau. Jadi kepada yang beragama Islam, solat Zohor siap siap sebelum keluar rumah. Waktu Zohor akan bermula pada pukul 12 tengahari, dan Asar akan berakhir pada 6.30 petang. Singgah di kedai Kultura. Kultura tu kedai menjual produk produk Filipina, dari kraftangan, makanan, barang mandian dan sebagainya. Buat sikit observation sambil jeling jeling orang yang beratur nak bayar , yang ramainya beli 7D dried mango . Ini memang popular disini. 7D Mango ni dikatakan one of the best quality mango di sini. Saya pun beli lah... . Yezza... lazat!!!!





Thanks and Wassalam



Jumaat, 20 Mei 2016

Restoran Makanan Halal di Manila

Teks : Fauziah Mahmod
Foto : Koleksi Peribadi

Mencari makanan yang halal di  Filipina, kadangkala mencabar juga. Last week merayap di  di SM Megamall, Metro Manila, kira - kira 30 mins dari Makati. SM Megamall ni tersangat besar.... saya baca, ia boleh memuatkan 4 juta orang sekali gus. Jumpa kedai makan the Halal Guys. Makanan dia ok juga, ala- ala middle east gitewwww..... harga pun boleh tahanlah...





Thanks and Wassalam.