Memaparkan catatan dengan label tempat membeli -belah di Makati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tempat membeli -belah di Makati. Papar semua catatan

Ahad, 22 Mei 2016

Merayau di Mall of Asia, Pasay City

Teks : Fauziah Mahmod
Foto : Google

Menghabiskan petang Ahad di Mall of Asia, Pasay City. Kecil sikit dari SM Megamall tapi lenguh juga kaki makyong meronda -ronda. Nak bagi tips, disini tiada surau. Jadi kepada yang beragama Islam, solat Zohor siap siap sebelum keluar rumah. Waktu Zohor akan bermula pada pukul 12 tengahari, dan Asar akan berakhir pada 6.30 petang. Singgah di kedai Kultura. Kultura tu kedai menjual produk produk Filipina, dari kraftangan, makanan, barang mandian dan sebagainya. Buat sikit observation sambil jeling jeling orang yang beratur nak bayar , yang ramainya beli 7D dried mango . Ini memang popular disini. 7D Mango ni dikatakan one of the best quality mango di sini. Saya pun beli lah... . Yezza... lazat!!!!





Thanks and Wassalam



Sabtu, 26 Disember 2015

Entri 11: Pusat membeli-belah sekitar Makati

Teks: Fauziah Mahmod
Foto : Simpanan Peribadi & Carian Google.

Terdapat banyak pusat membeli belah di sekitar Makati. Antara yang pernah saya kunjungi adalah Greenbelt, Glorietta, Landmark dan SM . Jika mahu tahu lebih lanjut, boleh lah ke pautan Makati Shopping ini. Terdapat banyak pilihan pakaian, kasut, dan tempat makanan. Haruslah cabaran besar bagi kita orang Islam disini , kerana sukar untuk mendapatkan restoran yag halal. Seperti biasa, kalau ke mana-mana, saya akan membawa sedikit bekalan makanan dari rumah.

Hari Jumaat yang lepas adalah cuti umum di sini, kerana sambutan hari Krismas. Jalanraya di Makati sudah kosong dan lengang . Keadaannya boleh disamakan dengan Kuala Lumpur, sementelah majoriti wargakotanya bergerak menuju ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Krismas bersama keluarga.

Kami mengambil kesempatan membawa anak-anak ke pusat membeli-belah. Kami ke Greenbelt. Greenbelt adalah pusat membeli-belah yang sangat besar dan setiap bangunannya mempunyai nombor. Greenbelt 1,2,3 hingga 5.


Greenbelt 1 mempunyai banyak kedai yang elektrik . Greenbelt 2 mempunyai banyak restoran "fine dining". Kami ke Timezone, tempat permainan kanak-kanak di Greenbelt 3 di tingkat 3. Terdapat juga panggung wayang, restoran-restoran dan kedai buku disini.  Greenbelt4 dan Greenbelt 5 mempunyai rangkaian butik pakaian dan kasut berjenama seperti LV, Prada, Zara dan lain-lain lagi.

Ramai juga warga kota yang membeli-belah disini. Mungkin terdiri daripada mereka yang memang menetap di Makati, atau yang tidak pulang ke kampung menyambut Krismas.


 Dari Greenbelt 3 , ia disambungkan dengan jambatan ke pasaraya Landmark. Landmark saya perhatikan adalah untuk pengguna kelas menengah dan biasa.  Dari bawah jambatan, kelihatan penumpang berbaris disini untuk menaiki jeepney. Difahamkan barisan ini adalah jauh lebih panjang pada hari biasa.

Kami tidak lama disini, memandangkan tujuan asal cuma untuk membawa anak -anak berjalan-jalan. Dimana-mana, kalau dikota itulah pemandangannya di hari perayaan . Untuk yang tidak pulang ke kampung akan menghabiskan masa di pusat membeli-belah , jalanraya yang kosong dan tiada kesesakan jalanraya kerana majoriti sudah bertolak keluar dari Makati.





Wassalam.