Teks: Fauziah Mahmod
Foto: Carian Google & Simpanan Peribadi
Saya baru sahaja menghadiri majlis "Sesi bersama Rakyat Malaysia" di bangunan kedutaan Malaysia disini. Majlis makan malam yang sederhana ini dianjurkan oleh kedutaan besar kita untuk seluruh rakyat Malaysia yang berada di Filipina pada 21 Disember lepas. Masakan melayu disajikan bersama kuih -muih didatangkan dari Hotel Berjaya dan Restoran Cili Padi. Saya pernah merasa mi goreng mamak dan lauk-pauk dari Restoran Cili Padi ini. Sungguh! Terubat rindu pada masakan Malaysia. Nak tahu lebih lanjut tentang Restoran Cili Padi? Nanti akan saya ceritakan di entri saya yang akan datang.
Antara yang menarik semasa majlis ini berlangsung, salah seorang pegawai kedutaan yang bertugas telah menceritakan pengalamannya selama beberapa tahun di Filipina. Kelaziman orang kita ke negara orang , biasanya kita tidak memaklumkan kepada kedutaan kita yang berada disana. Masalah timbul jika terjadi sesuatu kepada ahli keluarga, dan pihak keluarga menghubungi kedutaan untuk mencari ahli keluarga tersebut. Jika pihak kedutaan dimaklumkan lebih awal, tentang siapa, tujuan dan lokasi yang dituju, proses mengesan mangsa adalah menjadi lebih mudah.
Kedutaan Besar Malaysia, Manila terletak di Salcedo Village Makati. Jika ingin ke Filipina, kita bolehlah memaklumkan kepada kedutaan kita disini melalui email. Ini pula adalah pautan untuk seluruh kedutaan Malaysia yang berada serata dunia, saya ambil dari laman web Kementerian Luar Negara,
" http://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission " . Mungkin boleh dibuat panduan, jika hendak menghubungi kedutaan kita di negara yang lain.
Majlis makan malam yang bermula pada pukul 7 petang, berakhir lebih kurang pada pukul 9.30 malam. Selesai sepinggan mi goreng , 2 keping karipap dan teh tarik. Perut pun sudah kenyang, perlahan saya berjalan pulang ke kediaman saya.
Wasalam.
Memaparkan catatan dengan label Salcedo Village. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Salcedo Village. Papar semua catatan
Khamis, 24 Disember 2015
Ahad, 20 Disember 2015
Entri 6: Solat itu tiang agama
Teks: Fauziah Mahmod
Foto : Carian Google
Masih teringat, hari pertama sampai di Makati kami dijemput menghadiri makan malam pada 6.15 petang. Sedikit terperanjat apabila melihat keadaan 6.15 petang itu sudah gelap seperti 8 malam . Kalau di Malaysia, di waktu itu, anak-anak saya masih lagi bermain di padang permainan dibelakang rumah.
Filipina dan Malaysia adalah dalam zon masa yang sama. Contohnya 9 pagi di Malaysia adalah juga 9 pagi di Filipina. Beriklim khatulistiwa, hujan dan panas sepanjang tahun. Cuma disini, waktu matahari terbit dan matahari terbenamnya adalah lebih awal. Waktu Subuh bermula lebih kurang pukul 4.30 pagi. Pukul 6 pagi kita sudah melihat keadaan seperti pukul 7 pagi di Malaysia. Waktu isyak akan bermula lebih kurang pukul 6.45 petang. Untuk para muslimin,solat jumaat juga diadakan dibangunan Kedutaan Malaysia, dan ia terbuka kepada semua.
Melalui pembacaan saya, lebih dari 90% rakyat Filipina beragama Kristian. Ini dapat dilihat dengan banyaknya gereja didirikan di serata tempat. Islam adalah agama minoriti disini.
Untuk arah kiblat, Makati berada 289' dari arah utara. Kalau mahu kemana- mana, saya cadangkan untuk keluar setelah selesai solat di awal waktu. Bagaimanapun, tidak perlu risau jika mahu membeli -belah di Greenhills, kerana terdapat tempat untuk bersolat disana!
Diharap perkongsian kali ini dapat memberi sedikit panduan kepada kita semua.
Wassalam.
Langgan:
Catatan (Atom)
