Ahad, 24 Januari 2016

Entri 26 : Semoga Allah permudahkan

Teks: Fauziah Mahmod
Foto: Simpanan Peribadi

Minggu lepas, terbawa dengan emosi. Perubahan hormon dirasakan ketara. Marah-marah. Seluruh badan tidak sedap. Mudah penat. Selera makan juga tidak berapa baik. Kasihan keluarga, saya cuma masak sedaya yang boleh. Ringkas dan goreng-goreng.  Selama itu juga saya tidak membuka komputer saya. Menjengah blog apatah lagi. Al Quran juga jarang saya baca. Begitu sedikit dugaan Allah bagi tetapi saya sudah kalah!



Kami ke Makati Medical Center. Berita baik ini saya sambut dengan gembira. Saya sedang mengandungkan anak kami yang ke tiga. Sudah dua bulan usia kandungan. Minggu ini saya mahu mengumpul semangat semula. Semoga kesihatan saya bertambah baik, dan Allah lapangkan rezeki kami sekeluarga.

Wassalam.

Khamis, 14 Januari 2016

Entri 25: Kuasa sedekah..

Teks: Fauziah Mahmod
Video:Carian Google


Salam jumaat yang barakah.

Video ini saya ambil dari youtube, mengingatkan saya tentang kuasa sedekah.

Selamat beramal.



Wassalam.


Rabu, 13 Januari 2016

Entri 24: Jenis-jenis mutiara

Teks: Fauziah Mahmod
Photo: Carian Google

Saya sedang membaca jenis-jenis mutiara melalui Facebook "Original Mutiara" dan cuba membandingkan jenis jenis mutiara yang terdapat di Filipina ini.  Secara logiknya apa yang ditulis didalam "Facebook" tersebut ada kebenarannya, berdasarkan pemerhatian saya.

Di Greenhills misalnya, jika kita ke sana, jika kita mencari mutiara kita akan ditanya jika "Fresh Water" or "Sea Pearl" . Fresh water pearl , atau mutiara air tawar adalah jenis mutiara yang paling umum disini.  Mutiara laut adalah lebih eksklusif dan lebih mahal dibandingkan dengan mutiara air tawar.

Beza diantara mutiara laut dan mutiara air tawar adalah ketara. Warna mutiara laut lebih cantik, bentuknya bulat dan besar. Sinar mutiaranya sangat menyerlah. Mutiara laut dihasilkan dari dasar laut, dan menurut pembacaan saya ia mengambil masa bertahun untuk membentuk mutiara yang sempurna. Warna mutiara laut atau mutiara asli ini adalah emas, putih, perak dan hitam. Ada mutiara asli yang mencecah ratusan ribu setelah menjadi perhiasan.

Ini adalah contoh perhiasan dari mutiara laut atau disini dipanggil "South Sea Pearl" :




Mutiara air tawar adalah mutiara yang dihasilkan oleh kerangan yang hidup di air tawar. Ia mengambil masa sekitar 6-8 bulan untuk kitaran mutiara yang lengkap. Ia adalah lebih ringan dan lebih murah dari mutiara laut. Saiz yang lebih kecil dan bentuk yang pelbagai, ada yang menyerupai telur, bulat yang tidak sempurna, saiz bulat yang lebih kecil atau permukaan yang tidak licin dan sebagainya. Untuk permulaan, di RaniaImaniCraft yang akan dilancarkan tidak lama lagi, kami menawarkan mutiara air tawar.

Ini adalah diantara gambar mutiara air tawar yang saya dapati di Internet.


Semoga perkongsian ini bermanfaat pada semua.

Wassalam.

Selasa, 12 Januari 2016

Entri 23 : Nasi lemak di Makati... hmmmm....

Teks :Fauziah Mahmod
Foto: Carian Google

Semalam, selepas balik dari sekolah, abang meminta nasi lemak untuk makan malam.  Nasib baik barang-barang yang diperlukan ada di dapur. Santan  kelapa, kacang tanah, ikan bilis masih ada.

Tapi bukan nasi lemak yang ingin saya ceritakan. Santan kelapanya. Di sini, harga sebiji kelapa parut mencecah RM4 sebiji. Tepung gandum , hampir RM10 sekilogram. Gas memasaknya, hampir RM60 setong. Tetapi, harga hasil lautnya seperti ikan, sotong, udang dan sebagainya hampir sama seperti di tempat kita.

Malaysia bumi bertuah!

Wassalam.

Entri 22 : Mari kita bantu adik Ajmal

Teks: Fauziah Mahmod
Foto: Facebook "Telekung Project"


Perasaan keibuan saya tersentuh ketika membaca entri Telekung Project untuk membantu adik Ajmal. Admin Telekung project sedang mengumpul dana sehingga RM250K untuk pembedahan transplant hati adik Ajmal di India.

Yang terbaru,keadaan adik Ajmal tidak begitu baik. Semoga Allah memberi kemudahan untuk adik Ajmal dan keluarganya.


Petikan dibawah saya ambil dari Facebook "Telekung Project",
-----------------------------------------------------------------

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI.

ASSALAMUALAIKUM,

PERTAMANYA, ADMIN PERLUKAN DOA DARI KALIAN SEMUA UNTUK MENDOAKAN KESEMBUHAN BUAT ADIK AJMAL DAN KEKUATAN SERTA KETABAHAN BUAT IBU DAN KELUARGA ADIK AJMAL. ADIK AJMAL KINI DIMASUKKAN KE ICU SEMULA KERANA KEADAANNYA YANG SEMAKIN KRITIKAL MENUNGGU DANA UNTUK MENERIMA RAWATAN PEMINDAHAN HATI YANG MENELAN BELANJA ANGGARAN KESELURUHAN RM 250K.
SEBELUM INI TP TELAH MENJALANKAN KEMPEN FUNDRAISE UNTUK ADIK AJMAL DAN BERJAYA MENGUMPULKAN SEBANYAK RM 46K. TETAPI JUMLAH ITU MASIH BELUM CUKUP KERANA ADIK AJMAL CUMA AKAN MENJALANI PEMBEDAHAN JIKA DANA CUKUP.
MAKLUMAT DARI IBU, PIHAKNYA BARU BERJAYA MENGUMPULKAN SEBANYAK RM 80K DAN BERMAKNA KINI DANA UNTUK AJMAL TELAH MENCECAH RM 126K. SEPARUH LAGI PERLU DIUSAHAKAN.

OLEH YANG DEMIKIAN, ADMIN MEMBUKA KEMPEN URGENT CALLING INI SELAMA 36 JAM DAN ADMIN PERLUKAN PERHATIAN SEMUA UNTUK SEBARKAN URGENT CALLING INI DAN BERHARAP SEWAKTU TABUNG URGENT CALLING INI DITUTUP, KITA SEMUA MAMPU MEMBANTU ADIK AJMAL UNTUK SEGERAKAN PEMBEDAHAN UNTUK MENYELAMATKAN NYAWA KECIL INI.

TIADA YANG MUSTAHIL JIKA KITA BERUKHWAH DAN BERKONGSI SEORANG SEDIKIT. PLEASE ADMIN MERAYU, BANTULAH ADIK AJMAL DAN KELUARGANYA.

KEPADA YANG MAHU MENYUMBANG MELALUI TELEKUNG PROJECT ADMIN BOLEH MELALUI:
heart emoticon CIMB Telekung Project
(8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek
heart emoticon MBB Admin Telekung Project
(5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz
(Optional ) Emailkan transaksi sumbangan kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan TRANSPLANT AJMAL
SMS/Whatsapp transaksi melalui +60197357151
heart emoticon heart emoticon heart emoticonPALING PENTING; ISIKAN BORANG LINK DI BAWAH UTK REKOD AUDITING KAMI.
https://fs30.formsite.com/teleku…/TRANSPLANTAJMAL/index.html

KEMPEN INI AKAN DIBUKA SELAMA 36 JAM SAHAJA DAN SELEPAS ITU DENGAN SEGERA KOS AKAN DISERAHKAN KEPADA PIHAK HOSPITAL UNTUK SEGERAKAN URUSAN PEMINDAHAN HATI ADIK AJMAL DAN PENDERMA.
OLEH ITU, ADMIN MEMERLUKAN JASA BAIK DARIPADA SAHABAT SEMUA UNTUK KLIK BUTANG SHARE DAN VIRALKAN SERTA SEBARKAN UTK SAMA-SAMA KITA MENGAMBIL PELUANG MEMBANTU ANAK INI YANG KINI BENAR-BENAR MEMERLUKAN.
Terima kasih kerana sudi membaca kempen ini dan semoga Allah menerima amal kebajikan daripada kita semua.
SALAM MAULIDUR RASUL, SELAWAT DAN SALAM KE ATAS RASULLULLAH SAW, KELUARGA DAN SAHABAT BAGINDA, AMIN
Salam Ukhwah
Azila Aziz
-------------------------------------------------------------------

Wassalam

Isnin, 11 Januari 2016

Entri 21: Halo halo dan ABC

Teks: Fauziah Mahmod
Foto: Carian Google

Segala yang manis-manis memang kegemaran saya. Saya peminat ABC! Tekstur aisnya yang halus, sirap, jagung, hmmm... serasa mahu terbang balik ke Malaysia.

Di Filipina, terdapat juga minuman seakan ABC dipanggil Halo-halo atau dalam bahasa Melayunya bermaksud "campuran buah-buahan". Saya membelinya dari restoran makan segera "Chaw King". Ia boleh di dapati dimana-dimana di sini. Tekstur ais halo-halo adalah lebih kasar dari ABC.Di dalamnya terdapat gula kabung, kacang merah, nangka, nata de coco, dan ubi ( berwarna ungu). Di atasnya diletakkan aiskrim dan kemudian susu cair.


Pendapat peribadi saya, saya lebih menyukai ABC kerana tekstur aisnya yang lebih halus.  Tepuk dada tanya selera. 

Jangan lupa mencuba Halo-halo andai tiba di Filipina!

Wassalam.


Ahad, 10 Januari 2016

Entri 20 : Isnin yang bersemangat!

Teks:Fauziah Mahmod
Foto: Carian Google




Beberapa hari lagi, akan masuk pertengahan Januari, 2016. Masa yang pantas meninggalkan kita.
Di Makati, cuaca panas sekitar 31darjah celcius disini. Saya juga sudah lama tidak ke taman "Salcedo Park" kerana urusan pindah rumah.

Seminggu abang bersekolah, saya melihat dia gembira.Tetapi agak kepenatan, kerana sesi persekolahan berakhir pada 2.30 petang. Menaiki van sekolah, biasanya abang akan sampai ke rumah pada pukul 3.40 petang. Kami harus mengqada' sesi mengajinya yang banyak ditinggalkan sejak 2 minggu kebelakangan ini. Bersekolah di sekolah antarabangsa ada kelebihannya, tetapi pada pendapat saya ibubapa juga harus kuat dalam membimbing anak-anak tentang pendidikan agama. Ini betul-betul cabaran buat kami.

Si adik, berseorangan apabila abang ke sekolah. Saya masih dalam usaha mengajarnya menulis, dan mengenal nombor sebagai persediaan untuk bersekolah pada tahun hadapan. Ada rakan kami yang akan sampai ke Filipina ini pada bulan Februari akan akan datang. Saya sudah siapkan senarai barangan yang mahu dikirim dari Malaysia. Keropok ikan, sudah pasti!

Isnin yang bersemangat, saya sedang menambahbaik blog Homestay Rumah Inap Iman saya. Semoga momentum Isnin dan hari-hari lain akan sentiasa begini, bersemangat dan produktif!

Wassalam.